Skip to main content

Restoran Rose diasaskan pada tahun 1980, menjadikannya salah satu Restoran Padang tertua di Malaysia. Bermula sebagai sebuah kedai makan kecil di Kampung Baru, Kuala Lumpur, restoran ini menawarkan sarapan pagi dan nasi campur kepada komuniti setempat. Pada tahun 1990, Restoran Rose telah diambil alih oleh Tuan Sudirman Bin Hj. Yahya, yang membawa perubahan besar dengan penambahbaikan dalam kualiti masakan dan pengurusan.

Usahanya untuk mengekalkan keaslian masakan Minang telah menjadikan restoran ini terkenal dengan menu seperti Gulai Tunjang, Rendang Daging, dan Dendeng Balado. Kepelbagaian hidangan seperti Mie Ayam, AyamPenyet, dan Ayam Geprek turut memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi pilihan pelaggan untuk menikmati masakan Padang tradisional.

Menjadi peneraju restoran masakan Padang di Malaysia dengan mengekalkan warisan dan keaslian cita rasa Minang.

Memberikan pengalaman menjamu selera yang autentik dan berkualiti tinggi melalui masakan tradisional Padang yang memikat selera pelanggan.